Agak janggal untuk mendengar kaum lelaki bermain bola jaring, namun dalam tidak sedar, skuad bola jaring lelaki negara sudah lama ditubuhkan di Malaysia dan lebih menarik lagi, mereka merupakan yang terbaik di pentas Asia.
Hampir 10 tahun telah bertapak di negara ini, sukan bola jaring lelaki masih diklasifikasikan pelik oleh segelintir rakyat Malaysia.
Apa tidaknya, Persatuan Bola Jaring Malaysia sendiri masih belum mengiktiraf sukan ini untuk kaum Adam, tidak seperti negara lain di Australia dan New Zealand.
Demi minat yang mendalam terhadap sukan ini, barisan pemain kebangsaan itu tidak keberatan untuk bergerak secara sendiri dan perlu mengeluarkan dana untuk menyertai mana-mana kejohanan di luar negara.
Bagaimanapun, mereka sering berdepan situasi sukar dalam mengumpul dana dan kali terakhir menyertai saingan di luar negara adalah di Australia pada tahun 2015.
"Sukan bola jaring sukar untuk menerima pengiktirafan kerana disebabkan (tiada) prospek untuk disenaraikan dalam Sukan Olimpik. Harapan kami kejohanan yang kami sertai akan membuka mata sesetengah pihak untuk mengetahui kemampuan kami bersaing di pentas antarabangsa," kata ketua jurulatih skuad bola jaring lelaki negara, Shaharezan Shahadin.
Mereka berjaya mencipta sejarah baru apabila menjadi juara Asia buat kali pertama dalam Kejohanan Bola Jaring Lelaki Asia 2016 pada Disember tahun laluyang melibatkan lima negara, iaitu Brunei Darussalam, Pakistan, India, Hong Kong dan Singapura.
Menariknya, kejayaan itu melayakkan pasukan ini untuk beraksi dalam Piala Dunia yang bakal diadakan pada Disember depan sama ada di Australia atau New Zealand.
Namun, mereka masih belum memutuskan untuk melibatkan diri atau tidak kerana ketiadaan dana untuk digunakan sebagai persiapan dan menyertai kejohanan tersebut.
Tetapi, bagi Shaherezan, gelaran juara Asia setakat ini sudah cukup untuk menjadi penanda aras buat mereka mengorak langkah lebih jauh di samping turut berusaha untuk diiktiraf oleh persatuan sukan kebangsaan suatu hari nanti.
"Kami bukan pasukan pilihan ketika beraksi dalam Kejohanan Bola Jaring Lelaki Asia. Pakistan dan India merupakan pasukan pilihan kerana skuad mereka yang ditubuhkan lebih lama, sukar untuk ke final dan ia merupakan satu kejayaan yang menakjubkan."
Lim Jann Wen selaku kapten pasukan tidak menolak terpalit dengan sesetengah masyarakat yang memandang serong terhadap mereka selain menyifatkan sukan ini hanya untuk lelaki lembut sahaja.
Enggan cepat melatah, Jann Wen hanya menganggap itu sebagai satu cabaran yang perlu ditempuh tidak kira dalam sukan mana sekalipun.
Dan apa yang diharapkan adalah agar bola jaring tidak lagi dibelenggu dengan isu jantina kerana lelaki juga tidak kurang hebatnya dalam memperkasakan lagi sukan ini.
Mungkin satu hari nanti bola jaring lelaki akan sama popularnya dengan bola jaring wanita. Gender seharusnya tidak menjadi batasan dalam sukan.