Pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari, mencipta sejarah peribadi apabila mara ke suku akhir Kejohanan Dunia buat kali pertama dalam kariernya.
Kemenangan bergaya ke atas pilihan tuan rumah, Amanda Sobhy, dalam straight games dianggap tepat pada masanya oleh Pengarah Kejurulatihan Persatuan Raket Malaysia, Andrew Cross, yang menyifatkan prestasi itu sangat memuaskan dan membuktikan Sivasangari kini antara pencabar utama di pentas dunia.
"Dia mempamerkan persembahan terbaik dalam kejohanan kali ini untuk bersaing hebat dengan Amanda Sobhy.
"Pertemuan dua kali tahun lalu berkesudahan dengan rubber game (3-2), di mana Sivasangari menang satu dan Amanda menang satu.
"Hari ini sangat memukau untuk Sivasangari!," katanya.
Sementara itu, Ng Eain Yow terpaksa akur apabila kempennya berakhir di pusingan ketiga selepas tewas kepada pilihan kedua kejohanan, Mostafa Asal.
Namun begitu, pencapaian Eain Yow wajar dilihat daripada sudut peningkatan mutu permainan dan kematangan taktikal yang jauh lebih menyerlah berbanding tahun lalu.
Kedua-dua pemain membuktikan skuad skuasy negara kini berada di landasan positif menjelang kejohanan-kejohanan utama akan datang.
"Saya berpendapat bahawa Eain Yow bermain dengan sangat baik dan cantik hari ini dengan Mostafa Asal.
"Saya fikir permainan yang berkualiti, namun ada banyak lagi perkara perlu dititik beratkan untuk penambah baikkan.
"Secara keseluruhan dia tampak matang dan akan pamer aksi lebih baik akan datang," katanya di Nadi Arena.