Juara dunia empat kali berturut-turut dalam sukan silat, Siti Rahmah Mohamed Nasir, tidak menolak kemungkinan menjadi jurulatih selepas berakhir tahun ini.
Malah, Kejohanan Silat Terbuka Belgium bulan depan dan Kejuaraan Silat Asia Tenggara di Bangladesh, Julai depan mungkin menjadi pentas terakhir Siti Rahmah selaku pesilat negara.
Atlet berusia 31 tahun itu juga mengakui kini dalam peralihan ke bidang kejurulatihan selepas mencapai banyak kejayaan di medan pertarungan.
"Saya sudah muncul juara dunia, menang pingat emas Sukan Sea serta Olahragawati Kebangsaan pada 2017 dan dah cukup apa yang saya hajati.
"Sekiranya Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) mahukan khidmat saya selaku jurulatih, saya akan beralih tugas," katanya.
Siti Rahmah kelmarin dinobatkan Olahragawati Terengganu buat kali kedua selepas muncul juara dunia dalam kelas puteri E (51-54kg) di Singapura, Disember lalu.
Kejayaan itu mengubat kekecewaannya pulang dengan tangan kosong dari Sukan Asia Jakarta-Palembang yang menyaksikan dia kecundang dalam suku akhir.
"Sejak memulakan karier dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2008 di negeri sendiri, saya sudah mengecapi semua yang diimpikan untuk negara.
"Saya bersedia mencurahkan ilmu kepada pesilat-pesilat muda," jelasnya lagi.