Atlet kayak negara, Siti Nurul Masyitah Md Elias, 22, berkemungkinan terlepas peluang beraksi pada Kejohanan Perahu Panjang Persekutuan Lumba Kanu Antarabangsa (ICF) 2024 yang dijadualkan berlangsung di Palawan, Filipina pada 30 Oktober hingga 3 November depan.

Menurut Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, Adam Adli Abd Halim, Siti Nurul Masyitah yang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta, di sini dalam persediaan untuk ke kejohanan berkenaan.

"Dia dalam persediaan untuk ke world champ (kejohanan dunia) bulan 11 ini, jadi dalam keadaan sekarang mungkin terlepas," katanya.

Adam Adli berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke sebuah hospital swasta di sini, bagi melihat dan mengetahui perkembangan terkini atlet berkenaan yang dilaporkan mengalami kecederaan patah tulang pelvik, bahu kanan serta belakang badan.

Tambah, Adam Adli berkata, tempoh penyembuhan atlet berkenaan dijangka memakan tempoh masa lama.

Bagaimanapun, pihaknya yakin atlet tersebut akan diberikan rawatan terbaik.

"Kita akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap proses pemulihan dan kesihatan fizikal serta mentalnya dan KBS (Kementerian Belia dan Sukan) juga bersedia untuk menanggung kos rawatan sekiranya memerlukan kulit import dari luar negara untuk rawatan kecederaan pada bahagian belakang seperti rawatan yang dilakukan ke atas pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim.

"Saya sempat memberi semangat kepadanya untuk terus bangkit," katanya.

Tambahnya, Siti Nurul Masyitah turut menyatakan hasrat untuk menduduki dua lagi kertas peperiksan semester akhir di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS).

"Pukul 10 pagi hari ini dia mula puasa dan dijangka masuk ke bilik bedah pada jam 5 petang untuk mengetahui sama ada boleh gunakan kulit bahagian lain untuk tampal bahagian belakang yang cedera,” katanya. - Sinar Harian