Kejayaan juara dunia, Al-Jufferi Jamari, meraih emas terus dijadikan sebagai pemangkin pesilat negara apabila tiga lagi emas diraih dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Stadium Bukit Kiara, sebentar tadi.
Mohd Fauzi Khalid menebus kekalahannya dalam temasya Singapura 2015 dengan mempamerkan aksi cemerlang apabila mudah menewaskan lawan dari Vietnam, Tran Dinh Nam, 5-0 untuk merangkul emas.
Siti Rahmah Mohamed Nasir merupakan pesilat pilihan untuk mempertahankan pingat emas dalam kategori puteri E dan jangkaan itu tepat apabila dia menewaskan lawan dari Indonesia, Pipiet Kamelia, 5-0.
Sementara itu, satu lagi emas dituai oleh skuad silat menerusi Robial Sobri (putera H) yang menewaskan Le Si Kien dari Vietnam 5-0.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.

#KL2017 Pencak Silat
— Team Malaysia (@TeamMsia) August 29, 2017
Pingat Emas ?daripada pesilat wanita #MAS ??, Siti Rahmah yang menewaskan pesilat #INA ?? 5-0! #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/OIMRZRw1q3
Sementara itu, satu lagi emas dituai oleh skuad silat menerusi Robial Sobri (putera H) yang menewaskan Le Si Kien dari Vietnam 5-0.
Nasib kurang menyebelahi Mohd Khaizul Yaacob yang bertanding dalam kategori putera J yang meraih perak apabila tewas 5-0 kepada pesilat Singapura, Shek Farhan Sheik Alau'ddi.Stadium Juara terus dihujani pingat?untuk #TeamMAS. Robial Sobri menang EMAS (Class H) tewaskan Le Si Kien #VIE.
— #TeamMAS (@myTeamMAS) August 29, 2017
?? 5 - 0 ?? #KitaJuara pic.twitter.com/AGq397PMG4