Juara tiga kali, Mohd Al-Jufferi Jamari, beranggapan Kejohanan Silat Dunia Kali Ke-19 yang akan berlangsung di Melaka ini, Selasa ini, bakal menyaksikan persaingan lebih sengit menerusi peraturan baru yang diperkenalkan pada 2019.
Tetapi ia hanya akan digunakan buat kali pertama di pentas Kejohanan Dunia berikutan penundaan kejohanan itu selama dua tahun akibat penularan COVID-19.
"Peraturan baru ini menjurus kepada kutipan mata yang jelas, ia tidak lagi boleh dipertikaikan lebih-lebih lagi mereka yang masuk bertanding.
"Negara Asia Tengah iaitu Uzbekistan, Kyrgyzstan, Tajikistan dan Pakistan sudah terima peraturan ini sebab ada kelebihan buat mereka, dah macam MMA.
"Jadi inilah peluang mereka," katanya.
Sementara itu, Al Jufferi tetap dengan pendiriannya bahawa ini adalah pentas dunia terakhir buatnya memandangkan segala sasarannya sejak berada dalam pasukan kebangsaan 15 tahun lalu sudah pun tercapai.
"Misi dan matlamat saya sebenarnya sudah pun tercapai.
"Saya telah memenangi tiga pingat emas Sukan SEA dan tiga gelaran Kejohanan Dunia secara berturut-turut iaitu dari 2011 hingga 2017, bukan tahun ini menang (kemudian) tahun depan kalah.
"Saya sudah capai matlamat selain pernah diangkat sebagai Ikon Asia Tenggara," katanya lagi.