Kapten Pasukan Hoki Terengganu (THT), Fitri Saari, memuji sikap tidak mengaku kalah rakan sepasukan kerana berjaya bangkit daripada ketinggalan untuk menumbangkan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) 5-4 menerusi penentuan pukulan penalti bagi mempertahankan Piala TNB di Stadium Tun Razak, malam tadi.
"Saya rasa semangat juang kami sangat bagus. Walaupun ketinggalan 3-1 dalam separuh masa pertama, kami dapat kejar untuk memenangi perlawanan," katanya. "Itu yang saya pesan kepada rakan-rakan."
Selepas ketinggalan 3-1, jurulatih THT, Sarjit Singh, mengarahkan pemain melancarkan serangan dan ia membuahkan hasil apabila Jang Jong Hyun meledak dua gol untuk menyamakan kedudukan.
Selepas itu, KLHC kembali di depan menerusi Mohd Syamim Yusof pada minit ke-53.
Begitupun, penyerang import, Nicholas Enrique, kembali menyamakan kedudukan, tiga minit sebelum siren penamat dibunyikan, untuk mengheret perlawanan ke penentuan pukulan penalti.
Kemudian, penjaga gol THT, Muhammad Hafizuddin Othman, muncul wira apabila menafikan percubaan Joel Samuel Van Huizen sambil THT menyempurnakan semua lima percubaan mereka.
Sikap tidak mengaku kalah menyaksikan THT menjuarai Piala TNB buat kali keempat berturut-turut.
"Walaupun ada satu masa kami mendahului perlawanan 4-3, ada beberapa kesilapan yang memaksa kami menamatkan kedudukan 4-4.
"Kami perlu belajar daripada perlawanan ini untuk musim depan, " kata kapten KLHC, Sukri Mutalib.