Kegagalan untuk tersenarai ke Sukan Para Komanwel Gold Coast, April depan tidak melunturkan semangat atlet powerlifiting negara, Mohd Shamil Md Saad, untuk terus membuat angkatan terbaik bagi memburu tempat dalam Sukan Para Asia Jakarta-Palembang.
Sejak berakhirnya Sukan Paralimpik Rio 2016, Shamil terus menyepi daripada menyertai sebarang kejohanan gara-gara kecederaan bahu kiri.
Kecederaan itu menyaksikan dia terlepas beraksi dalam Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 serta turut diketepikan daripada Sukan Para Komanwel di Gold Coast, April depan.
Malaysia menyenaraikan hanya dua atlet, iaitu Bonnie Bunyan dan Jong Yee Khie, untuk mencabar pingat di Gold Coast nanti.
"Sebelum mengalami kecederaan ini, ke Gold Coast merupakan sasaran buat saya," katanya.
Shamil kini dalam proses untuk mendapatkan semula prestasi terbaiknya yang pernah mengangkat namanya selaku sandaran sukan powerlifting negara.
Buktinya, sebelum ditimpa kecederaan, Shamil pernah memperbaharui angkatan peribadinya, 196 kg dalam Sukan Paralimpik Rio untuk menghuni tangga kelapan secara keseluruhan.
"Dalam tempoh setahun, saya berharap untuk kembali pulih daripada kecederaan. Ketika ini, saya berehat seketika sebelum kembali menyertai kejohanan akan datang."