Skip to main content

Hoki

Shamala hormati keputusan Soon Kooi

4717shamala_1.jpg
Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Prof Dr Shamala Subramaniam, melahirkan rasa terkejut dengan peletakan jawatan Naib Presiden, Datuk Ow Soon Kooi, yang berkuatkuasa hari ini.

Soon Kooi, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan KHM yang dilantik pada 2015, meletakkan jawatan ekoran menghadapi masalah kesihatan.

Bagi pihak KHM, mereka akan meneliti perkara ini dan akan mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan kekosongan yang ditinggalkan oleh Soon Kooi.

"Presiden (Datuk Seri Subahan Kamal) akan memberi kenyataan rasmi. Kami sangat sedih kerana dia banyak menyumbang kepada hoki negara. 

"Saya difahamkan dia ada isu kesihatan, jadi kami perlu menghormati keputusannya. Sudah tentu kami menghargai apa yang dia lakukan dan begitu merinduinya," kata Shamala.

Advertisement

Must Watch Video