Terus kekal cemerlang di peringkat antarabangsa selama 30 tahun, ratu boling negara, Shalin Zulkifli, tampil berkongsi perjalanan kerjayanya sebagai atlet elit.
Dalam satu temubual Nadi@1 hari ini, Shalin menganggap dunia sukan bukan semata-mata mengenai pencapaian pingat, sebaliknya ia banyak mengajarnya tentang kehidupan yang lebih menyeluruh.
"Apabila kamu berada dalam sukan, banyak kelebihan. Di samping banyak ke luar negara, dalam aspek lain apabila melibatkan diri dengan latihan dan disiplin, ia bersangkut-paut dengan kehidupan di luar. Ia boleh membawa perkara positif daripada dunia sukan kepada kehidupan kamu," katanya.
Tambah Shalin: "Apabila saya menjadi seorang ibu, saya rasa lebih tenang berbanding rakan-rakan saya. Dalam sukan, kebanyakan keputusan dibuat dalam situasi yang tegang di bawah tekanan. Jadi, kalau perkara lain yang mahu dibuat dalam hidup, ya memang senang.
"Saya mula bermain boling sejak usia sembilan tahun sehingga sekarang. Sudah 30 tahun. Boling banyak mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih baik, lebih baik daripada biasa kalau saya bukan ahli sukan," katanya.
Atlet itu turut menyentuh soal hubungan akrab yang terjalin dalam kalangan rakan sepasukan sambil mengakui ia banyak mewarnai kehidupannya selama ini.
"Pada usia 13 tahun, saya sudah menyertai pasukan kebangsaan dan sudah bertanding dalam Sukan SEA. Rakan sepasukan menjadi keluarga saya.
"Kami sangat kompetitif, kalau difikirkan memang kelakar. Kalau kalah ketika bertanding sesama sendiri, rasa tidak puas hati, mahu main lagi," ujarnya.
Dalam pada itu, Shalin juga memikirkan tentang 'legenda boling' seperti mana yang ditinggalkan Allahyarham Mokhtar Dahari dalam bola sepak.
"Saya terfikir juga soal penghargaan, kalau orang bercakap boling, orang akan ingat saya. Seperti Mohktar Dahari lakukan dalam bola sepak, cuba melakukan perkara yang berbeza. Kita perlu rendah dirilah," katanya lagi.