Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Datuk Shahrul Zaman Yahya, memberi bayangan tidak akan mempertahankan kedudukannya menjelang mesyuarat agung tahunan (AGM) badan induk itu, Julai depan, seiring dengan hasratnya tahun lalu.
Shahrul Zaman memegang tampuk kepimpinan KRM bagi penggal 2016-2019 selepas menewaskan Datuk Wira Amiruddin Embi dalam AGM 2016.
Dalam tempoh itu, kepimpinan beliau melalui pasang surut dan kemuncaknya adalah penyingkiran Malaysia dalam Kejohanan Ragbi Asia 7s (ARRS) tahun lalu.
Ia menjadi permulaan kepada hasratnya untuk meletak jawatan selepas perkara itu tersebar di laman media sosial sejak November tahun lalu.
"Saya perlu mendapatkan pandangan daripada badan-badan gabungan terlebih dahulu kerana saya berada di sini atas ihsan mereka.
"Merekalah yang meletakkan saya di posisi ini dan saya perlu mendapatkan pandangan mereka.
"Saya akan kongsikan perkembangan terbaru tentang perkara ini selepas AGM," katanya.
Menguatkan lagi mengenai perkara itu apabila beliau berharap individu yang akan menerajui KRM kelak dapat menjayakan misi yang sudah lama diperjuangkan.
Ia membabitkan pembinaan stadium ragbi negara selepas kerajaan pusat meluluskan peruntukan sebanyak RM17 juta.
"Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, telah memberikan komitmen untuk meneruskan pembinaan stadium tersebut kerana peruntukan dan tanah telah ada.
"Bagi saya, tiada masalah untuk barisan kepimpinan KRM pada masa hadapan untuk meneruskan usaha tersebut," tambah beliau.