Penembak negara, Shaheera Rahim Raja, perlu membuktikan pemilihannya dalam acara rifle ke Sukan SEA sebagai satu keputusan yang tepat selepas mengetepikan Nur Ayuni Farhana Abdul Halim dan Siti Muslifah Zulkifli.
Shaheera adalah antara empat penembak wanita yang terpilih menyertai skuad rifle negara ke temasya itu.
Ia mengundang pelbagai reaksi memandangkan dia baru kembali aktif tahun lalu selepas berehat panjang, apatah lagi mengetepikan dua jaguh yang memiliki reputasi hebat, terutama Nur Ayuni yang menyumbang emas dalam acara 50m prone di Singapura, dua tahun lalu.
"Memang semua daripada kami akan buat sebaik mungkin untuk mengutip pingat emas. Semua orang tahu kami mampu layak ke final, insya-Allah.
"Kita akan lihat sama ada kami mampu meraih emas," katanya.
Selain Shaheera, skuad rifle akan diwakili Nur Suryani Mohd Taibi, Nur Izazi Rosli dan Haslisa Hamid.
Mereka akan menyertai Kejohanan Menembak Kebangsaan di Lapang Sasar Subang, bermula Rabu ini.
"Kejohanan itu medan terbaik untuk mempersiapkan diri menghadapi Sukan SEA nanti," tambahnya.
Sukan menembak menawarkan 14 pingat emas menerusi tiga acara, pistol, rifle dan shotgun dalam Sukan SEA pada bulan depan, dengan skuad negara menyasarkan dua emas.