BINA BADAN
Semua berhak peroleh peluang kedua -- Trismond Tan
Jika berbicara mengenai kebangkitan, nama Trismond Tan antara yang perlu diketengahkan kerana terpaksa menerima hakikat kehilangan kaki kirinya pada 2014 akibat kemalangan.
Namun ia menjadi pencetus utama untuk menceburi sukan bina badan dan kekal aktif hingga kini.
Bagi Trismond, harapan besarnya adalah untuk memberi sokongan kepada semua yang ditimpa nasib sama sepertinya.
Iklan
Dan dia menegaskan peluang kedua sentiasa wujud buat sesiapa sahaja di dunia ini.
"11 tahun lalu, kemalangan menimpa diri saya di Singapura. Saya telah menjalani 11 pembedahan untuk berusaha menyelamatkan kaki saya namun terdapat isu perlu ditangani, saya terpaksa memotong kaki.
"Selepas mengambil keputusan memotong kaki, saya seperti hilang arah. Saya amat meminati bidang permotoran namun keadaan yang membuat saya terpaksa melupakan impian saya.
"Kemudian saya mula melihat peluang dalam bina badan dan ia berjaya membantu untuk bangkit.
"Perkara yang meningkatkan semangat apabila ke hospital, menyaksikan terdapat lebih ramai yang berdepan kesukaran yang lebih besar berbanding saya. Saya mahu cuba untuk meningkatkan semula motivasi mereka untuk menerima kehidupan ini."
Must-Watch Video