Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, memuji semangat juang pelumba berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, yang tetap meneruskan cabaran dalam Kejohanan Dunia walaupun mengalami luka dan kaki terseliuh ekoran kemalangan.
Semangat juang Azizulhasni wajar menjadi contoh kepada atlet negara.
The Pocket Rocketman tetap meneruskan cabaran dalam acara pecut individu walaupun cedera selepas kemalangan ketika beraksi dalam acara keirin, awal pagi semalam.
Dia meraih tangga ketujuh acara keirin selain menduduki tangga ke-15 acara pecut berpasukan.
Walaupun kegagalan Azizulhasni meraih pingat dalam Kejohanan Dunia mengundang persoalan mengenai peluangnya meraih pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Syed Saddiq menegaskan pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu wajar mendapat pujian.
"Semangat juang Azizulhasni memang tiada tandingan.
"Dia berada dalam kelasnya yang tersendiri.
"Walau apapun yang terjadi, dia tetap berjuang demi negara.
"Dia membuktikan perlumbaan itu lebih daripada sekadar pingat untuk rakyat Malaysia.
"Semangat yang dibawanya itu bukan hanya semangatnya sendiri tetapi juga dengan membawa semangat 30 juta rakyat Malaysia yang akan bersorak untuknya," katanya.
Selain Azizulhasni, harapan emas Sukan Olimpik Tokyo turut disandarkan kepada atlet Tier 1, Majlis Sukan Negara (MSN), iaitu Datuk Lee Chong Wei (badminton) dan pasangan penerjun negara, Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong.
Sementara itu, Syed Saddiq akan membuat pengumuman mengenai pengerusi baru Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) bulan ini.
"Terdapat lima calon yang diketengahkan.
"Kami akan memilih yang terbaik daripada yang terbaik.
"Seperti yang saya tekankan sebelum ini, kami tidak mahu memilih individu yang salah memandangkan isu kebajikan atlet sangat mustahak dan dengan adanya suntikan dana RM3 juta dan pusat sehenti atlet, tugas Yakeb kini sangat mustahak," tambahnya.