Selangor mengukuhkan peluang dalam perebutan kejuaraan Kejohanan Bawah 17 (B-17) Tahun Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) selepas memperoleh kemenangan kedua berturut-turut dalam aksi peringkat kumpulan.
Harapan begitu tinggi buat kem Selangor, apatah lagi edisi kali ini menyaksikan mereka menjadi tuan rumah.
Skuad kendalian Kee Kok Weng itu bermula baik dengan kemenangan 64-29 ke atas Kedah, semalam.
Terengganu menjadi halangan seterusnya buat Selangor dan mereka tidak menghampakan.
Ditunjangi aksi kemas Yong Jian Teck di bahagian tengah, Selangor menguasai sepenuhnya perlawanan untuk mencatat kemenangan 72-49, sekaligus memastikan mereka menamatkan saingan Kumpulan B selaku juara.
"Corak permainan berpasukan masih belum memuaskan.
"Sebagai tuan rumah, kami menyasarkan untuk mara ke perlawanan akhir.
"Kami akan cuba untuk menjadi juara dengan mengambil pendekatan selangkah demi selangkah," kata Kok Weng.
Sementara itu, Terengganu perlu menewaskan Kedah, esok, andai ingin merebut satu lagi slot untuk ke pusingan kalah mati.
Wakil Pantai Timur itu turun untuk memperbaiki kedudukan ketujuh yang diraih di Johor, tahun lalu, yang juga merupakan pencapaian terbaik mereka sepanjang kejohanan ini.
"Saya harap mereka dapat mengulangi aksi seperti hari ini, rajin turun untuk bertahan.
"Saya harap boleh menang kerana pertahanan Kedah agak mantap, kami perlu lebih rajin daripada mereka," kata jurulatih B-17 Terengganu, Tong Liang Fook.