Atlet 100 meter (m) pekak kebangsaan, Zamir Azman, berada di kelas tersendiri apabila merangkul kejuaraan dalam acara yang dipertandingkan dalam Sukan Asia Tenggara (SEA) Pekak (SEA Deaf) 2025, di Jakarta Indonesia sebentar tadi.
Dalam masa sama, pelari berusia 20 tahun itu turut memecahkan rekod temasya dengan mencatatkan larian 11.07 saat (s) memadam catatan Nur Shahdan yang dilakukan di Kuala Lumpur pada 2022.
Secara rasminya Zamir diangkat sebagai Raja Pecut Pekak Asia Tenggara selepas menewan trek hari ini.
Untuk rekod, setakat ini Malaysia sudah mengutip tiga pingat emas yang turut disumbangkan oleh Shahrul Azmeer dalam acara 400m dan Azlan Kuste.
Kem olahraga pekak negara mensasarkan enam pingat emas secara keseluruhan.

ATLET 100 M PEKAK KEBANGSAAN, ZAMIR AZMAN TURUT BREAK REKOD baharu 11.07 MEMADAM CATATAN NUR SHAHDAN 11.12@ASTROARENA pic.twitter.com/M9GZYfz0Rt
— Faizal Bazari (@faizalbazario) August 22, 2025