Skip to main content

Sukan Lain

SEA Deaf 2025: Peranan jurubahasa isyarat sebagai 'suara' atlet pekak negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jurubahasa-isyarat.jpg
Dunia tanpa suara, atlet pekak negara berbicara melalui bahasa isyarat dan peranan jurubahasa isyarat menjadi pengantara untuk atlet berkenaan berbicara dengan golongan normal dalam SEA Deaf 2025.

Peranan itu digalas Nazrul Azwa Zulkipply sebagai antara jurubahasa kontinjen negara dalam temasya di Jakarta berkenaan.

"Jurubahasa isyarat merupakan suara kepada atlet-atlet pekak ini, jadi jurubahasa isyarat memegang satu tanggungjawab yang amat besar," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

"Misalnya, untuk mereka berhubung dengan jurulatih, saya salah seorang yang akan menterjemahkan apa yang ingin disampaikan jurulatih berkenaan.

"Baru-baru ini, ada bantahan yang dikemukakan oleh atlet kita dan saya bertanggungjawab untuk menterjemahkan bantahan berkenaan.

"Kalau nak diikutkan, keakraban saya dengan atlet memang terlalu rapat kerana saya sudah berkhidmat sejak 2018.

"Mereka memang bergantung kepada jurubahasa sebagai jambatan komunikasi untuk mereka berbicara dengan individu normal di luar sana.

"Memang mereka akan tersentuh sekiranya ada berlaku salah faham kerana orang normal di luar sana tidak tahu berbahasa isyarat, jadi mereka memerlukan bantuan.

"Apabila ia kerap berlaku, mereka memilih untuk merasa terpinggir daripada bersama orang normal."
 

Advertisement

Must Watch Video