Sebelum sembilan pingat emas berjaya digapai kem olahraga Malaysia dalam Sukan Asia Tenggara (SEA) Pekak (SEA Deaf) 2025, terdapat kontroversi menyelebungi atlet 200 meter (m) negara apabila pengadil membatalkan penyertaan Nur Andrina Zainuddin ekoran 'false start'.
Namun, peraturan sukan orang pekak menyatakan bahawa pelepasan atau 'take-off' hanya boleh dilakukan apabila lampu dinyalakan.
Situasi ini menimbulkan bantahan daripada Ketua Kontinjen (CDM), presiden dan jurulatih olahraga pekak kebangsaan yang ingin menegakkan keadilan mengikut peraturan dunia yang telah ditetapkan.
Biarpun terpaksa berdebat seketika, namun pengadil akhirnya bersetuju dengan bantahan pegawai Malaysia dan memberi kebenaran untuk Andrina berlari semula.
Seperti yang dijangka, Andrina mencipta sensasi dengan membawa pingat kesembilan buat kontinjen negara serta memecahkan rekod kejohanan edisi lalu di Kuala Lumpur dengan masa baharu 27.63 saat.
"Semasa awal-awal tadi, saya sememangnya sudah bersedia tetapi pihak teknikal mendakwa saya bermula awal (false start), padahal saya memang ikut lampu itu.
"Saya agak emosi.
"Saya minta pihak pengurusan membuat aduan dan akhirnya membenarkan saya berlari semula.
"Terima kasih kepada semua yang menyokong saya, tanpa mereka saya tidak akan mampu buat," katanya di Nadi Weekend.

Nur Andrina disqualified dari acara 200 m but CDM dan officials malaysia sedang melakukan bantahan terhadap keputusan tersebut .???
— Faizal Bazari (@faizalbazario) August 23, 2025
More on Nadi Weekend!??@ASTROARENA pic.twitter.com/gp9sBMDK0X