Dua hari kejohanan menyaksikan kem olahraga Malaysia sudah merangkul sembilan pingat emas melepasi sasaran yang ditetapkan dalam Sukan Asia Tenggara (SEA) Pekak (SEA Deaf) 2025, di Jakarta, Indonesia hari ini.
Susulan kejayaan memenangi pingat emas acara 800 meter (m) pada Jumaat, tukang gunting rambut dari Sabah, Azlan Kuste, berkongsi kunci kejayaannya selepas meraih satu lagi pingat emas hari ini dalam acara 1,500m
Rahsia kejayaannya? Kegiatan memanjat bukit jadi rutin yang membawa kepada kecemerlangan dirinya.
Catatan 4 minit 27.03 saat cukup untuk membutirkan kilauan emas kedua Azlan, yang turut memecahkan rekod yang dilakukannya pada edisi terdahulu di Kuala Lumpur 2022.
"Saya sememangnya sangat yakin dengan latihan berlari di gunung. Itu memang membantu saya daripada segi persiapan.
"Saya selalu pergi ke Kundasang, Sabah. Dalam masa sebulan, ada dua kali saya berlatih di sana," katanya di Nadi Weekend.
Kategori 200m lelaki pula dimenangi Shahrul Azmeer dengan catatan 22.63s, sekali gus turut memecah rekod edisi lalu.
"Balik Malaysia nanti saya mahu menguji larian dengan atlet normal.
"Sebelum ini, saya pernah dan sangat sukar," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
Sementara itu, kuartet Malaysia A juga menduduki podium tertinggi dalam kategori 4x400m, sebelum Zaiman Megat Abu melengkapkan kutipan terakhir pingat emas kem olahraga negara dengan catatan terbaik 6.82m mengatasi rekod Hazrul Shah yang dicipta di Pusat Pelatihan Olahraga Pelajar di Ragunan, Jakarta Selatan.

SEA DEAF: Tahniah pingat emas kelapan negara thru SHAHRUL AZMEER in 200 m lelaki DENGAN CATATAN 22.63 SAAT SEKALIGUS MEMECAH REKOD EDISI LALU YANG DILAKUKAN NUR SHAHDAN YANG MENCATAT MASA 22.76 SAAT.???????@ASTROARENA pic.twitter.com/2G8w3mBxpC
— Faizal Bazari (@faizalbazario) August 23, 2025