Skip to main content

Permotoran

SCK Honda Racing pertaruh barisan pelumba baru

25117cheekiong.jpg
Persiapan rapi giat dijalankan setiap pasukan dengan tumpuan terarah kepada saingan CP150 yang diperkenalkan buat julung kalinya dalam musim baru Cub Prix, bermula Mac depan.  

Antaranya, pasukan SCK Honda Racing -- yang mendapat tumpuan selepas menerima penajaan serta barisan pelumba baru -- mengharapkan 2017 mampu menjelmakan kejayaan berbanding musim lalu yang sekadar menamatkan saingan keseluruhan di tempat ketiga.

Meskipun SCK kehilangan pelumba harapan, Norizman Ismail, yang berhijrah ke pasukan baru, namun mereka kembali bersemangat apabila berjaya mendapat khidmat bekas pelumba Yamaha CKJ, Mohd Affendi Rosli.

"Dua tahun lalu, dia pergi ke pasukan lain kerana mungkin mahu mencari pengalaman baru. Jadi, tahun ini saya rasa sangat gembira kerana dia kembali ke pasukan kami," kata Pengurus SCK Honda Racing, Soong Chee Kiong.

Sementara itu, pasukan seterunya, Yamaha YY Pang, masih mengekalkan muka lama, antaranya Izzat Zaidy, Adib Rosley dan Mohd Azhar Jalil untuk bertanding dalam saingan CP150.

"Kami mempunyai sasaran pada tahun ini. Kalau boleh, kami mahu menjadi juara keseluruhan di mana ketiga-tiga pelumba kami perlu mendapat keputusan yang baik," kata pelumba Yamaha YY Pang, Mohd Adib Rosley.

Advertisement

Must Watch Video