Lewis Hamilton berkata Mercedes seharusnya memberi arahan perlumbaan dalam "keadaan tertentu" sahaja gara-gara mengarahkan Valtteri Bottas untuk membenarkan juara dunia tiga kali itu memintasnya di Bahrain.
Dua kali Bottas diarahkan untuk membenarkan Hamilton memintas, sekaligus melihat pemandu Britain itu menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang pemandu Ferrari, Sebastian Vettel.
Vettel kini mendahului carta pelumba selepas dua kemenangan daripada tiga perlumbaan, dengan Ferrari turut mendahului carta pengeluar menjelang aksi dalam GP Russia, hujung minggu ini.
Pelumba Jerman itu jelas dilihat sebagai pemandu no.1 Ferrari musim ini selepas permulaan hambar oleh rakan sepasukan, Kimi Raikkonen, namun Mercedes enggan bersetuju dengan cadangan mereka harus memilih di antara Hamilton dan Bottas dalam mencabar Vettel.
Ditanya sama ada dia bersetuju dengan arahan pasukan, Hamilton berkata:"Tidak sama sekali, dan tidak akan bersetuju.
"Bagi saya, arahan pasukan adalah sesuatu yang pelik dan sukar untuk dinilai.
"Kami sedar pentingnya untuk pasukan ini menang, jadi ada masanya kami perlu bekerjsama sebagai satu pasukan. Tetapi bagi saya, perkara seperti ini hanya perlu dilaksanakan dalam keadaan tertentu."
Semalam, Bottas menafikan dakwaan bahawa dia pemandu no.2 di Mercedes, dan Hamilton berkata dia tidak ada masalah untuk membenarkan Bottas memintas andai kata dia berada dalam posisi rakan sepasukannya ketika di Bahrain.
"Saya juga akan memberi reaksi sama," katanya.
"Bottas sedang bergelut, dia juga mengakui bergelut dengan tayar belakang. Ketika saya memintasnya, saya memberitahu pasukan jika saya gagal menjauhkan diri saya akan membenarkan Bottas kembali memintas.
"Tetapi pada masa sama, Vettel semakin menjauhkan diri. Jadi, ketika dia sedang menghadapi kesukaran mengekalkan keseimbangan kereta, saya cuba merapatkan jurang kami. Tidak masuk akal untuk saya dan Bottas ditinggalkan jauh.
"Dalam senario itu, kami bekerjasama sebagai satu pasukan. Walaupun sukar untuknya, dia bersikap sebagai seorang budiman dan kami sebagai satu pasukan berasa bangga."