Atlet lempar cakera, Muhammad Irfan Shamsuddin, meletakkan keutamaan kepada persediaan ke Sukan Komanwel walaupun kini terpaksa membahagikan masa latihan dengan pelajaran sejak bergelar mahasiswa Universiti Malaya.
Sekalipun sudah bergelar pelajar sains sukan di Universiti Malaya sejak minggu lalu, atlet kelahiran Negeri Sembilan itu sudah berbincang dengan pihak universiti untuk melonggarkan kehadirannya ke kelas demi memberi laluan kepada latihan padatnya ketika ini.
"Saya akan utamakan latihan ketika ini. Kalau ada kelas atau apa-apa, saya akan utamakan latihan. Kalau ada kelas, saya akan memulakan latihan awal.
"Saya pun sudah berbincang dengan pensyarah sebelum bermula semester. Mereka bersetuju untuk mengadakan beberapa kelas pada waktu malam dan di atas talian. Tetapi, ada yang saya wajib datang," katanya.
Sejajar dengan waktu yang semakin singkat untuk persediaan ke Sukan Komenwel, tempo latihan Irfan semakin padat dengan program baru yang sudah direncanakan untuknya.
Pencapaian terbaik atlet itu ialah 62.55m ketika ini, dan dia menyasarkan catatan sekurang-kurangnya 65m bagi menjamin pingat dalam Sukan Komanwel Gold Coast, April depan.
"Sasaran 65m itu memang jelas, saya boleh lihat. Insya-Allah, saya akan lakukan dalam mana-mana kejohanan pada tahun ini. Itu sasaran saya.
"Tidak tahu bilatetapi diharapkan dapat dilakukan dalam Sukan Komanwel," katanya lagi.