Jurulatih Pasukan Hoki Terengganu (THT), Sarjit Singh, mahu anak buahnya mengekalkan momentum kemenangan bagi menghadapi baki saingan Liga Premier Hoki Malaysia (MHL-TNB), sekali gus memastikan kejuaraan itu dapat dikekalkan pasukannya.
"Lima kemenangan berturut-turut adalah satu pencapaian yang sangat baik dan kami mahu mengekalkan momentum ini.
"Sepanjang lima kemenangan itu juga, kami tidak bolos sebarang gol. Jadi itu menunjukkan barisan pertahanan THT semakin baik dari satu perlawanan ke satu perlawanan.
"Namun, pemain-pemain dalam keletihan selepas berada di Johor Bahru selama enam hari, kemudian kami ke Melaka selama dua hari lagi. Ia mempengaruhi pasukan ini,” katanya.
Selepas seri 2-2 dalam perlawanan Piala Sumbangsih menentang Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC), juara bertahan Liga MHL-TNB dan Piala TNB itu menunjukkan penguasaan untuk menerajui liga selepas enam perlawanan dan mengumpul 16 mata.
“Tempoh rehat selama seminggu akan dimanfaatkan untuk pemain kembali ke tahap kecergasan terbaik sebelum turun beraksi menentang Tenaga Nasional Berhad (TNB), 3 Mac ini.
“Komitmen yang ditunjukkan pemain cukup baik kerana kami bermula dengan perlahan sejak tiga musim yang lalu.
“Namun, kami bermula cemerlang kali ini dan saya berharap THT dapat mengekalkan penguasaan sehingga penghujung saingan liga,” tambah Sarjit.