Sapura berdepan tugas getir untuk menamatkan penantian 11 tahun bagi menjulang Piala TNB apabila turun menentang Terengganu Hockey Team (THT) dalam final esok tanpa kapten, Mohd Marhan Abd Jalil, yang mengalami kecederaan buku lali.
Malang berganda buat Marhan apabila bukan sahaja tidak dapat beraksi dalam final, malah terpaksa melupakan tugasan bersama skuad kebangsaan dalam Liga Hoki Australia, yang akan bermula minggu depan.
Dia bertembung dengan pemain Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) dalam separuh akhir kedua hingga terpaksa dikejarkan ke hospital.
Pihak pengurusan Sapura mengesahkan pemain tengah itu mengalami keretakan buku lali.
"Marhan mungkin tidak akan beraksi sepanjang musim, mungkin juga untuk beberapa bulan. Dia ketua pasukan, dia juga merupakan perancang utama di bahagian tengah.
"Ketiadaannya memberikan kesan yang cukup besar kepada pasukan. Kami tidak mempunyai pengganti yang terbaik tetapi kami mempunyai pemain yang akan bergilir-gilir untuk mendapatkan posisi yang terbaik," kata pengurus hoki Sapura, Louis Gregory.
Tanpa Marhan, Sapura perlu memilih pemain terbaik untuk mengemudi jentera tengah.
Namun, sekurang-kurangnya buat masa ini, mereka sudah mengenal pasti tonggak yang akan memakai lilitan kapten, esok.
"Saya berasakan tiada masalah kerana saya pernah mengambil alih tugas tersebut sebelum ini.
"Saya berharap rakan-rakan akan banyak membantu pasukan supaya saya dapat memberikan panduan kepada mereka," ujar pertahanan Sapura, Faiz Helmi Jali.