Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) mudah mengetepikan cabaran pencabar utama, Selangor, 3-0 dalam perlawanan kedua MPFL Divisyen 1 pada Sabtu lalu, sekali gus memperkuatkan kedudukan di puncak liga dengan emam mata.
Dalam pada itu, mengejar rapat di belakang pendahulu adalah Pahang Rangers yang turut terikat 6 mata bersama JDT selepas berjaya membelasah Malaysian University 6-2 dengan Matheus Moura mencatat 3 daripada 6 gol keseluruhan dan menjadi wira Pahang Rangers di aksi tersebut.
Kedah dan Kl City sudah memulakan di dalam liga selepas akhirnya berjaya mencatat kemenangan pertama selepas kecewa ditewaskan lawan di perlawanan pertama pada 8 Mac. Ini secara tidak langsung menyaksikan empat pasukan terikat dengan 3 mata termasuklah Selangor yang tewas di tangan sang juara dan Sabah ditundukkan Kedah 3-1.
Manakala TOT United dan Malaysian University kini masih lagi berada di kedudukan tercorot selepas gagal meraih sebarang kemenangan alam 2 aksi dan terikat dengan kosong mata.
Perlawanan ketiga bakal berlangsung pada 22 Mac 2025 di mana Johor Darul Ta'zim bakal menentang Pahang Rangers dalam aksi untuk menghuni puncak liga. Kl City akan bertemu dengan Kedah dan Malaysian University akan beraksi menentang Sabah. Manakala pada 23 Mac, TOT United akan bertemu Selangor di Kompleks Sukan ISN Raja Muda, Kuala Lumpur.