Pelari pecut negara, Harith Ammar Sobri, memberi bayangan untuk bersara seandainya kecederaan belakang yang dialaminya sejak setahun yang lalu tidak pulih sepenuhnya.
Harith bergelut dengan kecederaan 'slip disc' sejak setahun yang lalu, dan sejak itu dirinya a mula tenggelam tatkala barisan pelari lain mula menampakkan peningkatan ketara.
Dia kembali membuat penampilan tahun ini di Kejohanan Olahraga Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) di Perlis dengan catatan 10.66 saat.
Harith mengakui peluang untuk dirinya tersenarai bagi hadapi Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos depan tipis, lantas sudah membuat perancangan dalam menentukan hala tuju hidupnya.
"Saya sayangkan olahraga tetapi sampai bila saya nak lari? Selepas ini saya perlu memikirkan untuk menabur bakti dalam arena olahraga sebagai jurulatih atau dalam bidang pengurusan," ujar Harith.
Sementara itu, bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek, mahu Harith berfikir masak-masak sebelum mengundurkan diri daripada arena olahraga.
Watson berpendapat Harith harus memiliki kekuatan mental yang tinggi untuk terus berjaya dalam bidang ini.
"Bagi saya Harith ada potensi, dia mengalami kecederaan jadi dia agak gusar untuk bersaing. Biarlah dia menjalani rawatan dahulu.
"Saya juga pernah mengalami kecederaan sama tetapi saya cuma kuatkan mental dan teruskan beraksi," jelas Watson.