Sains sukan bukanlah satu perkara baru di Malaysia.
Sejajar dengan evolusi perkembangan teknologi, ia dianggap salah satu elemen dalam menentukan kejayaan seseorang atlet.
Sukan telah wujud dalam peradaban manusia sejak sekian lama, antara rekod terawal para sejarawan adalah sekitar 760 sebelum Masihi.
Sukan Olimpik moden pertama pula telah dilangsungkan di Athens pada 1896 dan sejak itu, sukan mengalami evolusi dan tidak lagi tertumpu kepada cara konvesional untuk menang dengan pelbagai kajian dan penyelidikan telah dijalankan pada abad ke-21.
Di Malaysia, sains sukan bukanlah sesuatu yang asing. Agensi seperti Institut Sukan Negara (ISN) telah ditubuhkan bertujuan untuk memberikan perkhidmatan kepada atlet daripada sudut perubatan, psikologi dan juga teknologi sukan kepada mereka sebelum bersaing dalam sesebuah kejohanan.
Sains sukan mengalami perkembangan pesat dan ia juga terbukti mampu diterjemahkan dalam bentuk pingat emas dalam kejohanan.
"Bagi yang masih dalam pencarian pingat, saya akan lebih melihat kepada amalan-amalan teknologi dan sains. Mungkin kita masih tertinggal dari segi aset-aset dan makmal sains yang sedia ada.
"Ini tidak termasuk prasarana dan hanya meliputi alatan sahaja.
"Sebagai contoh, negara jiran kita, Singapura, mereka mempunyai dua buah institut sukan.
"Salah satu daripadanya adalah institut sukan seperti di negara kita dan satu lagi, merupakan institut sukan untuk remaja.
"Mereka sudah mengasingkan keperluan institut sukan untuk atlet elit dan remaja.
"Saya percaya, kalau kita ketinggalan dalam aspek sebegini, ia menyebabkan kita ketinggalan dalam soal teknologi dan pengetahuan kita tentang perincian.
"Kita tidak boleh mengambil mudah," ujar Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Dr Khairy Zawi.
Sungguhpun masih terdapat kekurangan dalam kemampuan dan kepakaran sains sukan di negara kita, ia tidak bermakna sains sukan di Malaysia di takuk yang mengecewakan.
Terbaru, penyelidikan pembangunan dalam teknologi sains sukan di ISN telah diiktiraf oleh pihak Majlis Sukan Negara (MSN).
"Ia sebagai pencetus ke arah bahawa kita bukan lagi sekadar pengguna kepada teknologi dari Barat.
"Mungkin pada suatu hari nanti, kita akan menjadi pelopor dalam bidang ini."