Jurulatih pasukan TNB Thunderbolt, Nor Saiful Zaini, tidak mudah menekan butang panik biarpun skuadnya itu tewas tiga perlawanan berturut-turut dalam saingan Liga Hoki Malaysia (LHM).
Terbaru, TNB Thunderbolt, yang juga pendatang baru dalam saingan LHM musim ini, tumpas 0-4 kepada UniKL, semalam.
Walaupun turut tewas besar, 6-1, dalam dua perlawanan sebelum ini menentang pasukan senior Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC), Nor Saiful menegaskan anak buahnya masih mempunyai potensi untuk bersaing.
"Yang paling penting, mereka berani berdepan lawan lebih berpengalaman, itu yang saya mahukan," katanya.
"Mereka berani memberi saingan. Kalau saya menyuruh pemain sekadar bertahan, mereka tidak akan belajar apa-apa."
Perlawanan semalam menyaksikan anak buah Arul Selavaraj mudah meratah TNB Thunderbolt menerusi dua jaringan Lachlan Stock pada separuh masa pertama dan dua lagi gol menerusi Muhammad Aleem Bilal dan Muhammad Hafiz Zainol pada babak kedua permainan.
"Kemenangan ini sangat penting tetapi disiplin pemain agak teruk di mana mereka memegang bola terlalu lama dan membuat hantaran yang teruk. Ini agak mengecewakan.
"Tetapi saya sudah menduga ini yang akan berlaku. Mentaliti pemain seperti itu muncul apabila berdepan pasukan yang jauh lebih muda," katanya.