Atlet muda negara, Russel Alexander Nasir Taib, mencipta rekod baru kebangsaan dalam acara 200m dalam Kejohanan Trek Klasik Queensland di Brisbane, Australia, semalam.
Penuntut University of the Sunshine Coast berusia 21 tahun itu menduduki tempat kedua dengan catatan 20.77 saat, sekali gus memadam rekod terdahulu, iaitu 20.90 saat, yang dicipta raja pecut kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan, dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2017.
Pingat emas dan gangsa, masing-masing dimenangi dua atlet Jepun, Kei Takase dan Daisuke Miyamoto dengan catatan 20.75 saat dan 20.87 saat.
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim, berkata beliau agak terkejut dengan persembahan cemerlang yang ditampilkan anak jati Perak itu.
Beliau memaklumkan KOM akan memberikan wang tunai berjumlah RM21,000, iaitu RM20,000 untuk elaun latihan selama dua tahun selain RM1,000 kerana memecahkan rekod kebangsaan.
"Kami akan berusaha mendapatkan penajaan untuk membantu beliau memandangkan beliau tidak mendapat sebarang bantuan kecuali sedikit bantuan daripada Kerajaan Negeri Perak dalam Sukma (Sukan Malaysia) 2018.
"Kami akan cuba masukkan nama beliau dalam program persediaan ke Sukan SEA 2019 di Filipina kerana beliau berpotensi menyumbang pingat untuk kontinjen negara," kata Karim.
-- BERNAMA