Skip to main content

Sukan

Rumah Olimpik: Tunggu sampai siap baru MOM pindah di Bukit Jalil

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

norza.jpg
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohamad Nasir Ali, mengetuai Jawatankuasa Pemandu Projek Rumah Olimpik di Bukit Jalil.

Nasir diberi tanggungjawab itu selepas mengambil alih peranan daripada bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin, yang sebelum ini memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Petugas Khas.

Projek bernilai RM93 juta itu bukan sahaja dibina sebagai ibu pejabat pentadbiran MOM, tetapi juga sebagai hub sukan moden negara.

"Semua orang perlu faham dan mahu bangunan ini siap secepat mungkin.

"Kita terpaksa melalui proses yang banyak seperti kelulusan merancang dan sebagainya.

"Sekarang dalam fasa untuk memodenkan sukan negara dengan pembinaan tempat baharu," ulas Norza hari ini.

Bekas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu juga menegaskan projek yang menggunakan kaedah pertukaran tanah ini bukan perniagaan komersial, selain ia sama sekali berbeza dengan model pembangunan lain seperti dilakukan Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), sebaliknya Rumah Olimpik akan disiapkan terlebih dahulu sebelum MOM berpindah masuk.

"Mereka hilang stadium yang memiliki 1800 kapasiti dan bangunan 12 tingkat.

"Itu adalah pembangunan. Dan risikonya ialah apabila serah kepada pemaju, kita harus tunggu sehingga siap.

"Jika tidak siap, ia akan menjadi masalah.

"Itu apa yang terjadi kepada MABA yang menumpang di MOM. 

"Berbeza dengan pertukaran tanah yang dilakukan MOM. Kita akan bina bangunan itu di Bukit Jalil dan tunggu sehingga siap baru MOM akan pindah," katanya di Nadi Weekend.

Antara kemudahan yang ada di rumah sukan ini adalah auditorium dengan kapasiti 300 orang, ruang pejabat untuk 30 persatuan sukan kebangsaan, bilik sidang media serta fasiliti sokongan yang lain.

Advertisement

Must Watch Video