Skip to main content

Sukan Lain

Ridzuan mampu lakukan sesuatu dalam Kejohanan Dunia -- Jeganathan

7517jeganathan.jpg
Ketua jurulatih olahraga Paralimpik,  R. Jeganathan, mempertaruhkan lapan atletnya untuk beraksi dalam Kejohanan Olahraga Dunia, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) di London, Julai ini.

Tetapi nada kegusaran terarah kepada Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi apabila ototnya sering mengalami kekejangan sejak kebelakangan ini. 

Sasaran Jeganathan dalam kejohanan itu adalah dua pingat emas menerusi tiga ikon Paralimpik, sama ada Ridzuan, Muhammad Ziyad Zolkefli mahupun Abdul Latif Romly.

Bagaimanapun, tekanan mula dirasai Jeganathan ketika kekangan utama dilalui atlet yang mengalami sindrom cerebral palsy seperti Ridzuan, di mana kekejangan otot sering berlaku akhir-akhir ini.

Katanya, hal itu adalah normal untuk individu yang mengalami masalah cerebral palsy sebaik usia semakin meningkat.

"Umur dia (Ridzuan) sudah mencecah 31 tahun, jadi semakin berusia, urat dan tendon akan menjadi semakin pendek. Maka semakin berusia akan menjadikan lebih sukar.

"Namun, persembahannya ketika ini berjalan dengan baik. Dia mampu melakukan sesuatu dalam Kejohanan Dunia."

Sekalipun begitu, ia tidak menghalang Jeganathan untuk meletakkan sasaran ke atas Ridzuan.

Jika sebelum ini aksi Ridzuan dalam kategori 100meter T36 tidak pernah menghampakan, Jeganathan tidak teragak-agak untuk turut meletakkannya dalam 200 meter T36 yang dilabel sebagai cabaran baru buat atlet senior itu.

"Pasukan ISN (Institut Sukan Negara) banyak membantu saya. Setakat ini, segala-galanya berjalan dengan baik. Ziyad, Latif dan Ridzuan berada dalam keadaan baik ketika ini," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video