Skip to main content

Sukan Lain

Richard Carapaz dominasi peringkat ke-11

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

berbasikal.jpg
Lumba basikal Giro Italia 2025 peringkat ke-11 menyaksikan pelumba pasukan EF Education Easy Post, Richard Carapaz, menakluki laluan dari Viareggio-Castelnovo Ne' Monti sejauh 186 kilometer (km).

Dalam aksi perlumbaan yang menuntut pelumba mengharungi zon pendakian yang mencabar, pelumba kelahiran Ecuador melakukan 'breakaway' di zon pendakian kedua melalui laluan Santagostino ke Arcugnano sejauh 2.5km.

Memasuki Castelnovo Ne' Monti, Carapaz membuat henjutan bertenaga yang menyaksikan dia berjaya berada di hadapan dengan jarak sekitar 10 saat (s)berbanding pencabar lain untuk melepasi garisan penamat di tempat pertama.

Peringkat ke-12 bakal meliputi laluan dari Madena-Viadana sejauh 164km pada esok.

Advertisement

Must Watch Video