Krisis sukan negara yang semakin ketara hari ini berpunca daripada pelbagai isu seperti ketandusan jurulatih yang berkelayakan, program latihan yang tidak tersusun, kurangnya pengetahuan saintifik dalam kaedah latihan, serta peningkatan kecederaan atlet yang sebenarnya boleh dicegah dari awal. Tanpa intervensi yang berstruktur, prestasi sukan Negara akan terus berada pada tahap yang tidak stabil dan bergantung kepada bakat semata-mata. Dalam keadaan ini, kursus Sains Sukan tahap 1, 2 dan 3 anjuran Institut Sukan Negara (ISN) menjadi platform penting untuk membina jurulatih dan pengamal sukan yang mempunyai pengetahuan saintifik, kemahiran aplikasi latihan, serta kebolehan mengurus atlet dengan lebih profesional dan sistematik.
Kursus Sains Sukan menyediakan asas ilmu kritikal seperti fisiologi sukan, biomekanik sukan, kaedah latihan sukan, psikologi sukan, pemakanan sukan, pengurusan kecederaan dan lain lain. Tanpa pengetahuan ini, seorang jurulatih mungkin hanya mengajar berdasarkan pengalaman, pemerhatian atau mitos latihan yang tidak terbukti. Di peringkat ini, Sains Sukan menyusun ilmu tersebut supaya jurulatih memahami bagaimana tubuh manusia bertindak balas kepada latihan, bagaimana prestasi meningkat, dan bagaimana untuk mengelakkan overtraining dan burnout serta kerosakan tubuh atlet. Ini penting bagi melahirkan atlet yang bukan sahaja cemerlang, tetapi berilmu dan berkesan dalam jangka masa panjang.
Tahap 1 memberikan pengenalan asas kepada konsep pengurusan sukan, teknik Latihan sukan, dan keselamatan semasa melatih atlet. Kursus di tahap ini sesuai kepada sesiapa yang baru bermula dalam bidang kejurulatihan atau pengurusan sukan komuniti. Ia memberi kefahaman bahawa setiap sukan perlu dimulakan dengan asas yang betul, terutama dalam mengajar teknik yang selamat dan efektif. Kesilapan pada asas, jika tidak diperbetulkan awal, akan memberi kesan besar kepada perkembangan atlet pada masa hadapan. Terdapat peserta yang juga merupakan pemilik spa, di tanya kenapa masuk kursus ini, kerana ramai pelanggan beliau adalah atlet dan mahukan urutan sukan. Jadi beliau ingin faham dengan jelas tentang sains sukan untuk membantu pelanggan spa beliau.
Tahap 2 membawa jurulatih kepada kemahiran aplikasi latihan yang lebih terperinci. Pada tahap ini, jurulatih mula mempelajari perancangan latihan (periodization), analisis prestasi sukan, kaedah meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot, serta strategi pemulihan selepas latihan. Jurulatih akan belajar bagaimana merancang latihan tahunan supaya prestasi atlet berada pada puncak pada waktu yang tepat. Ini penting untuk penyertaan kejohanan peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa. Peserta tahap 1 boleh menyambung pengajian kepada tahap 2 sekiranya berminat dan ingin tahu lebih dalam tentang sains sukan terutama kepada jurulatih peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
Tahap 3 pula adalah tahap lanjutan yang membina jurulatih yang mampu memimpin program sukan secara keseluruhan. Di sini, jurulatih bukan sahaja melatih, tetapi juga mampu membuat penilaian prestasi, memimpin pasukan sokongan sains sukan, bekerjasama dengan fisioterapis, pakar pemakanan, ahli psikologi sukan dan pihak pengurusan. Jurulatih tahap ini bertindak sebagai “strategis prestasi”, bukan sekadar pengajar teknik. Mereka menjadi tunjang dalam sistem pembangunan atlet negara. Kursus Sains Sukan tahap 3 juga memerlukan peserta menghadapi viva dan dapat menjawab soalan yang diberi penilai dengan penuh yakin dan bertanggungjawab.
Kepentingan kursus ini bukan hanya terhad kepada jurulatih elit. Malah, ia sangat perlu kepada guru sukan, penggerak sukan komuniti, jurulatih akar umbi, ibu bapa atlet remaja, serta pengusaha kelab sukan. Ini kerana asas pembentukan atlet cemerlang bermula dari
peringkat akar umbi yang memahami prinsip latihan yang betul. Tanpa sistem latihan saintifik, bakat muda hanya akan menjadi “potensi yang tidak pernah berkembang”. Dari kajian lepas jelas membuktikan jaguh jaguh Olimpian Dunia bermula sejak usia yang muda lagi dan mencapai jumlah masa latihan yang optima untuk menyumbang pingat medal Olimpik kepada Negara masing- masing.
Selain itu, kursus Sains Sukan juga memainkan peranan penting dalam memupuk etika dan profesionalisme dalam kejurulatihan. Dalam dunia moden, jurulatih bukan lagi hanya “ketua” yang memberi arahan, tetapi pendidik yang memahami keperluan emosi, psikologi, dan perkembangan holistik atlet. Pada masa yang sama, jurulatih era kini juga mesti celik teknologi sukan, seperti penggunaan peranti pemantauan prestasi, analisis video pergerakan, aplikasi penjejakan kecergasan, serta platform komunikasi digital bagi merancang latihan dan memantau perkembangan atlet secara berterusan. Jurulatih yang berilmu dapat membimbing atlet menjadi insan yang kuat dari sudut fizikal dan mental, bukan sekadar mengejar pingat.
Kesimpulannya, kursus Sains Sukan tahap 1, 2 dan 3 anjuran ISN merupakan tiang utama dalam membangunkan ekosistem sukan negara yang mantap dan mampan. Ia bukan sekadar kursus atau sijil, tetapi proses melahirkan jurulatih dan atlet berwibawa yang berfikir dengan ilmu, bertindak dengan strategi, dan melatih dengan kaedah saintifik. Jika negara ingin keluar daripada krisis sukan yang semakin meruncing seperti ketandusan emas Olimpik dunia, kelayakan ke Piala Dunia, peganti kepada pemain Lagenda Negara, pembangunan jurulatih melalui Sains Sukan adalah langkah paling tepat, relevan dan berkesan untuk jangka masa panjang.