Perenang negara, Welson Sim, menetapkan sasaran untuk memecah rekod kebangsaan sama ada dalam acara 200 atau 400 meter gaya bebas Sukan Asia Indonesia sebagai hadiah perpisahan buat jurulatih negara, Paul Birmingham, yang meletak jawatan.
Welson merupakan taruhan terbaik skuad renang negara untuk meraih pingat dalam Sukan Asia bulan depan.
Perenang kelahiran Sarawak itu bakal beraksi dalam empat acara, termasuk 1,500m dan 4x100m gaya bebas.
Atlet berusia 21 tahun itu menerima keputusan Birmingham meletak jawatan, namun berharap dapat menggembirakan pengendali itu sebagai hadiah perpisahan.
"Sasaran saya adalah memecahkan rekod kebangsaan dan ia akan menjadi satu hadiah terbaik saya kepada Birmingham," kata Welson.
Seramai enam perenang negara akan mencabar dalam Sukan Asia, termasuk Phee Jinq En selaku wakil wanita.
"Saya tidak menjangkakan dapat beraksi dalam Sukan Olimpik dan Birmingham dapat melihat sesuatu dalam kebolehan saya," kata Jinq En.
"Saya memiliki pengalaman yang baik di Malaysia dan saya perlukan peluang yang berbeza selepas ini," kata Birmingham.
Kali terakhir skuad renang menghadiahkan pingat Sukan Asia ialah menerusi Alex Lim Keng Liat dalam temasya Bangkok 1998.