Perenang negara, Welson Sim, bergelut menamatkan aksi final 1,500 meter gaya bebas apabila diuji seawal 300m sebelum mencatat masa terbaik bagi mengakhiri saingan di tempat kelima dalam Sukan Komanwel di Pusat Akuatik Optus, hari ini.
Welson mengakhiri acara terakhirnya itu di tempat kelima dengan catatan masa 15 minit 31.14 saat, dengan menyaksikan gelaran juara menjadi milik perenang tuan rumah, Jack McLoughlin, yang mencatat 14:47.09s.
Pemenang pingat emas Sukan SEA lalu itu mula menyedari kesukaran untuk berenang dengan lebih pantas apabila aksi McLoughlin yang berada di sebelahnya memberi tekanan kepada Welson untuk terus mengejar catatan masa terbaik.
"Saya datang dari hari pertama dan kedua yang hebat. Badan saya penat tetapi saya pulih selepas hari ketiga, keempat dan kelima. Saya masih gembira dengan persembahan saya dan berlumba di sebelah pemenang pingat emas.
"300m dan 400m pertama sangat sukar kerana McLoughlin memberikan tekanan dan menyukarkan saya untuk beraksi baik. Tetapi ia adalah perlumbaan yang baik," kata Welson.
Pingat perak dimenangi perenang dari Wales, Daniel Jervis, yang melakukan 14:48.67s sementara gangsa menjadi milik seorang lagi atlet tuan rumah, Mack Horton (14:51.05s).
Bagi acara 50m gaya bebas wanita S8 pula, Carmen Lim menganggap apa yang ditampilkan daripada catatannya, 36.85s, dalam final bukanlah aksi sebenarnya.
Ia kerana dalam pusingan saringan dia berjaya memperbaharui rekod kebangsaan dan Asia Tenggara, 35.95s.
Bagaimanapun, ia adalah pendedahan berguna untuk Carmen memandangkan ini adalah penampilan sulungnya di pentas Komanwel.
"Mereka sangat hebat, maksud saya mereka yang dalam kelompok tiga terbaik adalah lima perenang terbaik dunia dalam kategori saya.
"Mereka perenang menakjubkan. Sangat hebat dapat berlumba dengan mereka," kata Carmen.
Emas acara itu dimenangi perenang tuan rumah, Lakeisha Patterson dengan 30.14s sementara perak dan gangsa masing-masing diperoleh wakil Kanada, Morgan Bird (32.03s) dan Abigail Tripp (32.49s).