Dua perenang negara, Welson Sim dan Keith Lim Kit Sern, terkandas dalam peringkat saringan kelima dalam acara 100 meter gaya bebas Sukan Komanwel Gold Coast hari ini selain gagal memperbaiki rekod peribadi masing-masing.
Welson sekadar menduduki tempat keempat dengan catatan masa 50.91 saat manakala Keith, 51.04s, jauh daripada catatan masa terbaik masing-masing.
Rekod peribadi terbaik Welson ialah 50.32s yang dilakukan dalam Kejohanan Jemputan Peringkat Umur Antarabangsa 2016 manakala Keith, 50.65s.
"Masih terlalu jauh daripada catatan peribadi terbaik saya tetapi saya berasa lebih baik berbanding dalam 200m semalam. Mungkin badan saya penat," kata Welson.
"Ini bukan apa yang saya mahukan. Saya berasa baik tetapi ia bukan yang saya mahukan. Apa yang boleh dilakukan, saya perlu berlatih lebih gigih lagi," kata Keith.