Perenang negara, Welson Sim, meluahkan kekecewaan terhadap aksinya setakat ini selepas tiga acara dilalui dalam Sukan Komanwel disifatkan jauh daripada prestasi terbaiknya.
Tiada sebarang perkara mampu dibanggakan Welson setakat ini walaupun dia berjaya melangkah ke final acara 400 meter gaya bebas, Khamis lalu.
Namun, daripada segi catatan masa dalam ketiga-tiga acara, termasuk 100 dan 200 meter gaya bebas, perenang kelahiran Sarawak ini kecewa kerana gagal memperbaiki rekod peribadi atau kebangsaan.
"Setakat ini, saya kecewa dengan persembahan saya kerana gagal melakukan catatan masa terbaik saya," katanya.
Welson yang memberi alasan terlalu keletihan, bagaimanapun, tetap akan mengambil bahagian dalam acara 1,500 meter gaya bebas pada Selasa ini.
Dia berharap acara itu mampu melakar sesuatu yang positif buat dirinya selepas mendapat rehat secukupnya selama tiga hari.
"Secara keseluruhan, saya agak kepenatan selepas mengharungi beberapa kejohanan sebelum menghadapi saingan di Gold Coast."