GOLD COAST 2018
Renang: Welson gagal ke final acara 200m
Hasrat perenang negara, Welson Sim, untuk mengulangi kejayaan ke final sekali lagi tidak kesampaian apabila sekadar menamatkan saringan 200 meter gaya bebas di tangga keenam dalam temasya Gold Coast 2018.
Sehari selepas mencipta sensasi mara ke final acara 400 meter gaya bebas, Welson kelihatan agak perlahan dalam mencari rentak dalam acara 200 meter gaya bebas.
Dalam saringan kedua pagi tadi, Welson sekadar menamatkan saingan di tempat keenam daripada lapan perenang dengan catatan 1 minit 49.58 saat.
Iklan
Catatan itu, bagaimanapun, tidak cukup untuk menempah slot ke final dan mengakhiri saingan di tempat ke-16 daripada 30 perenang.
Sementara itu, Caroline Chan turut gagal mencipta impak selepas menamatkan saringan kedua 100 meter kuak lentang di tangga keenam dengan catatan 1 minit 5.94s.
Must-Watch Video