Perenang negara, Tern Jian Han, memadamkan rekod kebangsaan berusia 16 tahun milik Alex Lim Keng Liat, sekali gus memastikan slot final acara 50m kuak lentang lelaki Sukan Komanwel Gold Coast, esok.
Dalam aksi di Pusat Akuatik Optus itu sebentar tadi, Jian Han mencatat masa 25.60 saat dalam saingan separuh akhir untuk melupuskan rekod kebangsaan 25.67s milik pemenang pingat perak itu yang direkodkan dalam Sukan Komanwel 2002 di Manchester, England.
Terdahulu, Jian Han mencatatkan masa 25.83s di peringkat saringan untuk memperbaharui rekod peribadinya, 26.10s.
“Saya gembira akhirnya dapat memecahkan rekod legenda renang negara selama 16 tahun.
"Terus terang saya katakan, catatan masa pagi tadi sudah dekat dengan rekod kebangsaan tapi tidak mahu fikir terlalu jauh.
“Akhirnya, saya dapat padamkan rekod itu. Memang tidak sangka walaupun saya dapat agak berpeluang cerah jika saya buat dengan bersungguh-sungguh,” katanya.
Ditanya apakah rahsia kejayaannya itu, Jian Han mendedahkan sesi latihan intensif yang lebih banyak berbanding sebelum ini dan ia menjadi perangsang buat dirinya untuk berjaya.
-- Bernama