Skip to main content

Sukan Asia

Renang: Keith gagal mara ke separuh akhir

keith9418.jpg
Walaupun mencatatkan masa terpantas saringan kelima acara 50 meter gaya bebas lelaki, Keith Lim akur berada dalam kedudukan ke-22 secara keseluruhan, sekali gus gagal mara ke separuh akhir.

Catatan 23.33 saat gagal membawa Keith ke separuh akhir biarpun dia menamatkan saringan kelima itu dalam kedudukan pertama.

Terpantas dalam saringan 50 meter gaya bebas ialah perenang England, Benjamin Proud, dengan melakukan catatan 21.45s.

Sementara itu, seorang lagi perenang negara, Caroline Chan, tersenarai selaku perenang simpanan separuh akhir selepas menamatkan saingan 50 meter kuak lentang di tangga ke-18 keseluruhan dengan catatan 30.10s.

Caroline menamatkan saringan keempat di kedudukan keenam dengan saringan didominasi perenang tuan rumah, Emily Seebohm.

Advertisement

Must Watch Video