Skip to main content

Sukan Asia

Renang: Jian Han tenggelam dalam final 50m kuak lentang

jianhan7418_1.jpg
Perenang negara, Tern Jian Han, berakhir di kedudukan tercorot acara final 50m kuak lentang Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

Perenang berusia 22 tahun dari Johor itu mencatatkan masa 25.96s dalam aksi di Pusat Akuatik Optus, sebentar tadi. 

Jian Han juga tidak dapat menyaingi rekod peribadinya iaitu 25.60s yang dilakukan dalam aksi separuh akhir, semalam. 

“Memang saya agak kecewa kerana tidak dapat capai sasaran peribadi untuk catatan masa lebih baik dari pada semalam tetapi secara keseluruhannya, saya berpuas hati dan gembira dengan prestasi di Gold Coast. 

“Semasa di final tadi, saya cuba membina kepantasan dalam jarak 25 meter dan selepas itu, saya hilang momentum,” katanya. 

Acara itu dimonopoli oleh perenang Australia apabila ketiga-tiga pingat dimenangi Micth Larkin (pingat emas), Benjamin Treffers (perak) dan Zac Incerti (gangsa).

Untuk rekod, catatan masa 25.60s yang dicatatkan Jian Han semalam memadamkan rekod kebangsaan berusia 16 tahun milik Alex Lim Keng Liat, iaitu 25.67s yang dilakukan dalam Sukan Komanwel 2002, Manchester. 
 

Advertisement

Must Watch Video