Rekod kebangsaan 16 tahun yang diperbaharui perenang, Tern Jian Han, menjadi pencapaian terbaik skuad renang negara dalam Sukan Komanwel 2018.
Skuad renang negara mengakhiri saingan di Gold Coast tanpa sebarang pingat.
Namun, itu tidak bermakna prestasi mereka antara yang terburuk kerana Jian Han ibarat penyelamat maruah skuad renang negara yang memecah rekod 16 tahun milik Lim Keng Liat dengan catatan 25.60 saat dalam acara 50 meter kuak lentang.
Dia sendiri menganggap pencapaian itu sudah memadai kerana menyedari kesukaran untuk meraih pingat di pentas Sukan Komanwel.
"Dalam saingan 100m kuak lentang, saya agak kecewa. Tetapi untuk 50m kuak lentang, saya boleh buat catatan terbaik, itu membuatkan saya gembira sedikit," kata Jian.
Seiring dengan sasaran ditetapkan jurulatih, Paul Birmingham, kepada anak buahnya untuk cuba layak ke final, Welson Sim melakar kejutan menjadi perenang pertama negara mara sejak 2002 dalam acara 400m gaya bebas.
"Ini adalah pencapaian besar saya. Diharapkan temasya seterusnya akan memberikan pingat. Sasaran saya sebenarnya adalah untuk mara ke final," kata Welson.
Sudah pasti, penilaian sewajarnya akan dilakukan selepas ini dalam usaha mereka memperbaiki kelemahan untuk persediaan Sukan Asia di Indonesia, Ogos depan.