Skip to main content

Sukan Asia

Renang: Jian Han mara ke separuh akhir 50m kuak lentang

jianhan7418.jpg
Perenang negara, Tern Jian Han, mencipta rekod peribadi terbaik apabila melakukan catatan 25.83s dalam saringan ketiga acara 50m kuak lentang Sukan Komanwel di Pusat Akuatik Optus, Gold Coast, hari ini.

Catatan itu hampir menyamai rekod kebangsaan milik Alex Lim Keng Liat, iaitu 25.67s, yang dilakukan pada 2002.

Jian Han pada masa sama layak ke separuh akhir selepas catatannya itu merupakan masa kelima terbaik dalam kalangan 20 perenang yang bertanding.

Atlet kelahiran Johor itu nyata gembira dengan prestasinya hari ini sambil berkata ia suatu pencapaian di luar jangkaannya.

"Saya tidak sangka saya boleh perbaharui catatan peribadi terbaik kerana saya beraksi buruk dalam 100m kuak lentang. 

"Secara keseluruhan, saya gembira dengan catatan masa kali ini. Diharapkan saya boleh melakukan dengan lebih baik dalam separuh akhir. Saya betul-betul fokus untuk acara ini. 

"Dalam separuh akhir nanti, sudah tentu saya akan tampil lebih kuat dan diharapkan saya boleh mara ke pusingan akhir," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video