Skip to main content

Hoki

Rekod tanpa kalah UniKL dipadam KLHC

rekod-tanpa-kalah-unikl-dipadam-klhc.png

Rekod tanpa kalah pasukan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) akhirnya lebur selepas empat perlawanan apabila tewas 0-2 kepada Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) dalam saingan Liga Hoki Malaysia (MHL), hari ini.

Perlawanan kelima liga di Stadium Hoki Kuala Lumpur itu menyaksikan UniKL turun dengan reputasi selaku pendahulu liga selepas menang empat perlawanan sebelum ini dan skuad kendalian Arul Selvaraj memasang impian untuk memastikan rekod mereka dapat diteruskan.

Bagaimanapun, berdepan pasukan KLHC, yang merupakan pasukan pilihan, ternyata memberikan saingan yang sukar buat UniKL.

UniKL ketinggalan 1-0 pada minit ke-35 apabila pukulan sudut penalti yang diperoleh KLHC disempurnakan oleh Muhammad Noor Faeez Ibrahim.

Lapan minit kemudian, Muhammad Haziq Shamsul melengkapkan kemenangan 2-0 KLHC menerusi gol padang.

Kekalahan UniKL meletakkan mereka di tangga ketiga liga sementara KLHC memintas untuk menduduki tangga kedua.

"Ini merupakan kekalahan pertama kami, keputusan yang amat mengecewakan kerana UniKL mempamerkan permainan yang lebih cemerlang, menghasilkan lebih banyak peluang.

"Kami berharap dapat menyempurnakan setiap peluang dalam perlawanan akan datang," kata Arul.

Advertisement

Must Watch Video