Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Ragbi ubah persepsi Siti Fatimah

siti-fatimah.jpg
"Saya pilih ragbi sebab ia melibatkan aksi agresif. 

"Sebelum ini saya pernah menceburi bola jaring tetapi permainan itu langsung tidak membenarkan saya membuat sentuhan terhadap pihak lawan.

"Saya kemudian beralih ke ragbi setelah tertarik dengan aksinya manakala kerjasama sepasukan dalam ragbi amat mengagumkan saya," katanya yang pada awalnya terpaksa menyembunyikan bidang barunya itu daripada pengetahuan bapanya.

Siti Fatimah menganggap pembabitan wanita dalam ragbi sering disalah erti, khususnya dalam soal penampilan. 

"Ramai yang salah faham dengan permainan ragbi yang dianggap sebagai lasak. Pemain ragbi wanita biasanya sering dianggap memiliki sifat kelelakian yang tinggi, ganas dan tidak nampak menarik. 

"Namun, kami semua berseronok dan mahu kelihatan seperti wanita sejati. 

"Ketika beraksi, saya selalunya akan mengenakan solekan demi membuktikan bahawa atlet ragbi wanita tidak perlu kelihatan sasa dan mahu menyerlahkan ciri kewanitaan kami. 

"Saya mahu sering tampil dengan gaya wanita, malah sering diajukan soalan kerana memakai gincu sedangkan kami hanya turun berlatih. 

"Sebaliknya, itu adalah sebahagian daripada sifat saya yang sebenarnya.

"Ragbi telah mengubah hidup saya. Saya selalu mendapatkan pandangan daripada jurulatih," katanya. 

Skuad ragbi 7s kebangsaan akan mengharungi Kejohanan Ragbi Borneo Sevens di Sandakan, Sabah, bulan ini sebelum menghadapi kempen Sukan SEA Filipina dari 30 November hingga 11 Disember depan.

Advertisement

Must Watch Video