Super School Rugby (SSR) edisi kali ini menyaksikan EV Arena, sebuah padang sintetik yang sinonim dengan permainan bola sepak sebagai venue untuk perlawanan separuh akhir.
Ia bukanlah perkara asing buat sukan itu memandang ia sudah digunakan untuk aksi suku akhir yang membuktikan proses berjalan lancar.
Bagi pengarah kejohanan SSR, Shahrizin Shaharudin, ia merupakan misi baharu dalam melangsungkan perlawanan ragbi di padang tiruan sebagai norma dan menjadikan program akar umbi seperti SSR sebagai permulaan.
"Di kesempatan ini, buat kali pertama kami juga ingin mempromosi padang sintetik yang pertama kami usahakan secara komersial.
"Ini adalah peluang terbaik untuk ragbi di Malaysia dengan bermula di peringkat akar umbi bagi merasai pengalaman bermain di atas permukaan rumput tiruan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
Dalam pada itu, Shahrizin juga teruja dengan saingan suku akhir yang bakal berlangsung pada awal Julai ini.
Lebih-lebih lagi dengan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak (INTERGOMB) yang berjaya menempatkan diri dalam lapan pasukan terbaik sejak sekian lama selepas menumpaskan Sekolah Menengah Sains Selangor (SMS Selangor) tempoh hari.
"Ramai yang berpendapat bahawa pasukan pilihan telah terkeluar, tetapi itulah uniknya SSR.
"Hampir semua pasukan yang bertanding adalah pasukan besar.
"Semua pasukan adalah pasukan pilihan," tambahnya.