Kalau pasukan kebangsaan New Zealand, All blacks, ada fullback yang cukup terkenal iaitu Christian Cullen -- Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) ada Mohd Razali Mohd Rizal yang bertindak selaku tonggak utama backline!
Pakar dalam mencari ruang kosong untuk menghasilkan try menggunakan kelajuannya, Razali Rizal dalam masa sama, cukup ampuh sebagai sokongan jentera forward selepas scrum, dengan fly tackle yang berani dan kemas.
Kecederaan ketika perlawanan suku akhir Super School Rugby (SSR) divisyen akademi menentang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King Edward 28 Jun lalu, langsung tidak mematahkan semangat anak jati Kelantan ini menyumbang dua try, sekali gus membantu SSTMI memperoleh kemenangan 27-22.
Tidak menyangka, pembabitan awal dalam sukan ragbi hanya kerana dipaksa oleh gurunya kini membuatkan dia memasang hasrat untuk tampil menyerlah memburu slot diserap pusat latihan ragbi kebangsaan.
"Rutin seharian, kami akan bangun pagi dan berlatih seperti biasa, sebelum pergi ke sekolah pada pukul 9 pagi.
"Kemudian, kami kembali ke padang pada waktu petang.
"Kami banyak berkorban masa untuk sampai ke tahap ini.
"Daripada bola baling ke ragbi atas arahan guru," katanya kepada wartawan Astro Arena, Ainul Ameerul Ariff.
Di sebalik usaha keras itu, jurulatihnya, Mohd Syahir Asraf Rosli, mengakui sebak, namun memuji disiplin anak buahnya mengekalkan dominasi walaupun tiga pemainnya terpaksa berdepan sin bin dan dibuang padang selama lapan minit kerana dilayangkan kad kuning ketika perlawanan.
"Meskipun aksi menyebelahi pasukan lawan, tetapi anak buah tetap tenang dan mencuri peluang untuk menunaikan janji mara ke final tahun ini," katanya.
Untuk rekod, SSTMI merupakan juara bertahan edisi tahun lalu.