PAPUA NEW GUINEA 31 MALAYSIA 5
Skuad ragbi 7's negara menutup kempen Sukan Komanwel Gold Coast dengan satu lagi kekalahan selepas tunduk kepada Papua New Guinea (PNG) 31-5 dengan try tunggal negara disumbang melalui Muhd Firdaus Tarmizi di Stadium Robina, sebentar tadi.
Walaupun menyimpan sekelumit impian mahu mencipta kejutan ke atas PNG, sememangnya lawan ternyata berada satu tahap lebih baik.
Mampu memberi saingan pada awal permainan, mereka perlahan-lahan mendapat rentak, sebelum mencipta try sulung pada minit kelima menerusi Gairo Kapana.
Ia umpama satu tonik kepada pihak lawan yang terus tambah dua try, sekali lagi melalui Kapana dan Emmanuel Guise serta dua conversion.
Ketinggalan 19-0 permulaan babak kedua tidak mematahkan semangat negara yang tetap bangkit melawan, namun PNG menambah satu lagi try yang disempurnakan oleh Wesley Vali serta satu conversion.
Akhirnya, try pertama negara di Gold Coast menjelma hasil daripada Firdaus bagi meletakkan permainan 26-5, sebelum William Tirang menamatkan permainan dengan try terakhir untuk kedudukan muktamad 31-5.
"Untuk perlawanan terakhir ini kami mencapai tahap prestasi terbaik. Kami mendapat skor dan mengurangkan jumlah berbezaan skor.
"Ia bonus untuk kami. Kami gembira dengan prestasi rakan sepasukan," kata Firdaus.