Skip to main content

Sukan Asia

Ragbi: Malaysia alami kekalahan kedua

ragbi14418.jpg
SCOTLAND 41 MALAYSIA 0

Skuad ragbi 7's negara melanjutkan penantian kemenangan pertama dalam Sukan Komanwel Gold Coast selepas tewas kepada Scotland 41-0 dalam aksi kedua Kumpulan A di Stadium Robina, sebentar tadi.


Skuad negara, yang turun selaku pasukan terbaik Asia Tenggara menerusi pingat emas yang dimenangi dalam Sukan SEA tahun lalu, nyata tidak mampu memberikan saingan di Gold Coast.

Apatah lagi berhadapan pasukan Eropah seperti Scotland yang memiliki fizikal lebih baik, dengan mental yang kian lemah akibat diratah Afrika Selatan 43-0 dalam aksi terdahulu.

Kesukaran tersebut diperjelaskan menerusi aksi di atas padang apabila Scotland mudah memungut mata demi mata melalui try dan conversion sehingga akhirnya meninggalkan skuad negara dalam babak pertama dengan kedudukan 29-0.

Tiada coretan berbeza yang mampu dilakar skuad negara dalam babak kedua, dengan Scotland menambah 12 mata lagi untuk merakamkan kemenangan 41-0.

Advertisement

Must Watch Video