Ketua jurulatih pasukan ragbi 15's negara, Lee Nyuk Fah, masih berharap dapat melihat kemunculan pemain professional, K. Dineshwaran, bersama Malaysia sekurang-kurangnya dalam dua aksi terakhir divisyen perdana Kejohanan Ragbi Asia.
Masih belum rasmi, namun penampilan Dineshwaran atau lebih di kenali sebagai Dugro kembali memenuhi harapan barisan ragbi kebangsaan selepas kecederaan pemain itu dilaporkan semakin pulih.
Dugro terlepas dua aksi awal yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil tetapi dia dijangka membantu skuad negara bagi aksi di laman lawan bertemu Hong Kong pada 28 April dan Korea Selatan pada 5 Mei.
"Mungkin kami dapat menggunakan khidmatnya bulan depan. Bagaimanapun, kami akan dapatkan pengesahan daripada kelabnya. Sekarang ini, dia sedang menjalani latihan fizikal.
"Jadi, kami akan hubungi mereka dari semasa ke semasa untuk dapatkan keputusan muktamad," kata Nyuk Fah.
Dugro ketika ini hanya menunggu pelepasan daripada kelabnya di Jepun, Yamaha Jubilo, menerusi keputusan daripada doktor perubatan kelab itu.
Untuk senarai akhir 20 pemain dikeluarkan dalam masa terdekat, Nyuk Fah menegaskan tiada slot mudah untuk lapan pemain naturalisasi dari Fiji dan Samoa yang sedang giat menjalani latihan bersama skuad negara.
"Walaupun kami mempunyai lapan pemain naturalalisasi, tidak semestinya kami akan gunakan semua lapan pemain itu. Ia berdasarkan prestasi semasa, sikap dan kecergasan mereka," katanya lagi.